Friday, 21 October 2016

Diet sihat ala model

Hye semua! Okay idakk tajuk atas tuh? Ade yang berminat nak tahu ke? Haha! Almaklumlah .. sapa la aku nih nak share benda-benda canni .. badan pon takde lah slim cam supermodel ngat .. Haha! Whatever lah! Yang penting my body have turned better than a few years ago.

 Kawan-kawan zaman sekolah dulu pun ramai tegur. Eh, kenapa makin kurus? Kenapa nampak kecik? Apa rahsia? Haa .. actually banyak rahsianya .. depend pada diri sendiri je boleh commit ke tak an .. aku takdelah  diet tahap taknak makan .. kadang-kadang tu makan cam setan gak . Ops! Haha! Tapi kena pandai control lah .. sekali sekala makan banyak apa salahnya .. memang susah kalau nafsu makan menggila kan . Hehe! 

Ok enough! Karang lelama ti kang terlebih panjang lak an . Hihi! Semua tips nih aku amalkan dah lama .. Ni lah jawapan kapada awak-awak yang selalu tanya ittew . "Kau makan banyak gila tapi tetap maintain. Apa rahsia weih?" Haa .. sabak-sabak .. cek nak gitau la nih .. hihi!

  • Kurangkan kolestrol 




Katakan tidak untuk kolestrol! Tak cuke! Tak cuke! Haha! Makan berlemak-lemak tu cuba kurangkan ya. Sis ni kalo nampak makanan berminyak banyak sangat je terus rasa nak muntah. Don't know why. Automatic tekak ni rasa lain. Aku selalu tengok kawan atau orang lain makan nasi dengan kuah berminyak satu pinggan. Arggghhh! Tak bagus! Tak bagus! Cuba kurangkan kuah berminyak tu atau gantikan dengan something else like budu ke, kuah sup or kicap ke. Kan bagus tuh. Then satu lagi, kurangkan jugak makan fast food tau. Tak elok jugak untuk body kalu selalu makan KFC la, MacD la, and others lah. The best way you can do is by eating less.
  • Minum air kosong





Minum la air kosong seberapa kerap yang boleh dalam sehari k .. tapi jangan lak bergelen-gelen air lak korang minum .. nanti susah lak nak cari toilet . haha! 6 hingga 8 gelas sehari pon dah cukup. Selalunya aku bawak botol air ke kolej atau tempat photoshoot .. At least jimat la sikit duit daripada beli air manis-manis kat luar an .. Hihi! And yang penting minum la air kosong segelas sebelum makan and 30 minit selepas makan . Nak tau kenapa? Sebab taknak bagi perut buncit .. That's why lah my perut susah nak buncit uollss .. Hehehe!


  • Makan sayur





Haa! Sayur jangan lupa tau! Sayur ni penting untuk kesihatan tau. Actually aku ni hantu sayur hehee! Memang dari kecik lagi Ming (mak) aku dah paksa makan jugak sayur .. sebab tu sampai sekarang kalau takde sayur dalam pinggan nasi, memang selera lari la weiihh .. & maybe sebab sayur jugaklah aku susah nak sakit kot .. hihi!

  • Kurangkan gula lebihkan buah-buahan


Buah ohh buah! Engkaulah buah hatiku .. hihi! Buah ni bagus tau untuk korang punya pencernaan gitteww .. lagi banyak kau makan, lagi kerap la korang membuang .. bagus untuk perut jugak .. kasi kempis la sikit . So, takdelah buncit je .. Haha! Pantang nampak buah mesti aku beli. Yelah, mana taknya, kalau aku dah busy sangat ngan study atau kerja, of course aku lupa nak minum air. So, dengan makan buah jelah mampu untuk elakkan kulit kering atau lapar. Antara buah yang bagus untuk pencernaan adalah buah betik atau nenas. Buah-buah ni cepat je function tau. So boleh cobaaa hehe!
  • Bersenam

Majulah sukan untuk negara! "Eh, apa kaitain doehhh?" Haahha! Itu semua poyo! Actually aku takdelah rajin ngat bersenam nih. Kadang-kadang ajaa. Hihi! Aku selalu jalan laju, menari takpun lakukan aktiviti lasak. Tak kisahlah jalan ke mana sekalipun, konpem aku dop bejalan depan sekali kalo ngan orang lain lah. "Menari? Sempat pulak kau menari Riena. Bila masa weih?" Hhaha! Alahh .. dalam toilet sebelum mandi pun sempat weih. Jangan sampai tergelincir dah la . Haha! Bersenam ni semua bagus untuk keluarkan peluh tau and dalam masa yang sama boleh bakar lemak-lemak tepu dalam badan tuh. Hihi!
  • Makan ulam-ulaman



Sapa suka makan ulam? Kita geng! Hahah! Sedapnya weii kalo dapat makan ulam ..Especially PETAI. Memang berselera la aku . hihi! Balik Kelate konpem aku mintak mak atau atuk aku sediakan petai .. Mana taknya, bukan senang anak/cucu sulung ni nak kelik kelate .. time cuti panjang je kelik ..sedeihh! Haha! Mesti ada yang cakap canni, "Apa yang best sangat makan petai ni? Dah la busuk .. Euuuuuu!". Ehh hello? Even it's so smelly but it is the best vegetables in the world okay! Haha! Scientists kat luar negara pun dah buat research tau. 

Banyak sangat keistimewaan petai ni sebenaknya. Antaranya yang aku paling suka sebab dia penambah selera makan, bagus untuk pencernaan, kesihatan dan bagi awet muda gituhh .. Haha! Tak suka makan petai? Jangan risau. Hangpa nak makan ulam-ulaman lain pun boleh. Takdak masalah aihhh.. Janji ia sejenis ulam. Contohnya pucuk-pucuk daun dan sebagainya. Selamat mencuba nahhh.














No comments:

Post a Comment